Tembelang Peguam Umno Terbongkar Lagi..



Saya mangsanya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, yang mendakwa ketua pihak pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempolitikkan rayuan liwatnya di Mahkamah Persekutuan mahkamah.

Ketua Pembangkang itu berkata, Shafee memberi "kuliah politik" dalam keterangannya kepada mahkamah dan bukannya menyanggah hujah pihak pembelaan secara berfakta.

Beliau turut meletakkan kesalahan kepada Shafee kerana meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan sedangkan sepatutnya menjadi tugas pendakwaan membuktikan mengatasi keraguan munasabah tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Saya mangsa dalam sandiwara ini," kata Anwar ketika ditemui media selepas selesai sidang Mahkamah Persekutuan hari ini.Shafee dalam keterangannya di mahkamah hari ini berkata, Saiful merupakan mangsa jenayah seks.

Anwar Ibrahim berkata jika beliau bersara dari arena politik, dia kemungkinan akan dibebaskan. Ini katanya, satu petanda yang tuduhan dan pendakwaan tersebut bermotifkan politik.

Ketua Umum PKR itu hari ini turut menyelar Shafee yang dalam keterangan kepada mahkamah berkata, Anwar perlu membuat ujian DNA di luar negara bagi membuktikan beliau bukan "Lelaki Y" – pemilik bukti DNA yang dijumpai dalam dubur Saiful."Saya bukan pendakwa.

Beban bukti terletak di bahu pihak pendakwaan. (Sebaliknya,) Dia letak kesalahan pada saya dan minta buktikan saya bukan Lelaki Y," katanya.Mahkamah Persekutuan menangguhkan persidangan sehingga Khamis dan akan dimulakan dengan pihak pembelaan menggulung hujah pada hari itu. ~malaysian insider
LihatTutupKomentar