Akhirnya Pegawai Istana Selangor Dedah Tembelang Khalid Ibrahim?



Istana Selangor hari ini menghantar surat rasmi kepada parti-parti Pakatan Rakyat menitahkan mereka menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September depan.

Surat itu dihantar oleh pegawai Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tangan kepada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya  kira-kira jam 3.15 petang.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kandungan surat yang dilihat Malaysiakini itu tiada merujuk sebarang nota mengenai jantina calon menteri besar dan ini bermakna Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih tidak ditolak Istana.Surat itu ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani itu.

Semalam, Sultan menangguh menerima peletakan jawatan Khalid sehingga penggantinya ditentukan.Munir berkata, Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid.Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

Sementara itu, Malaysiakini mendapati kenyataan media dari Munir bertarikh 14 Mei tahun lalu menyatakan hanya nama Khalid yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Kenyataan itu merupakan kenyataan Istana mengiktiraf pelantikan semula Khalid selepas pilihan raya umum lalu. 

"Ketua-ketua komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon menteri besar Selangor," petik kenyataan itu.Surat dari Istana bertarikh 7 Mei sebelum itu turut menjelaskan Sultan meminta empat nama daripada Pakatan Rakyat sebagai calon menteri besar.

Sementara itu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mendakwa Khalid 'mengarut' dan mengesahkan bahawa parti-parti Pakatan Rakyat hanya mengemukakan nama Khalid untuk jawatan menteri besar kepada istana selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Dalam SMS kepada Malaysiakini, Pua berkata tidak pernah ada lebih daripada satu nama yang dihantar kepada istana untuk jawatan MB.

Petang tadi, Khalid menolak hujah PKR dan DAP bahawa ia akan mengemukakan satu nama sahaja, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kepada istana untuk menjadi menteri besar yang baru, berdasarkan kepada konvensyen yang lalu.

Sebaliknya, Khalid mendakwa parti-parti Pakatan mengemukakan lebih daripada satu nama, termasuk namanya, kepada istana selepas dua pilihan raya umum sebelum ini.Kemudian, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah menafikannya, dengan mendakwa bahawa hanya nama Khalid yang dikemukakan. ~mk
LihatTutupKomentar