Mahathir Buat Kejutan Lagi..



Mahathir Buat Kejutan Lagi.. Blog popular Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses, beberapa jam selepas beliau menulis mengenai perlunya siasatan dan audit forensik dijalankan terhadap syarikat yang sarat menanggung hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Blognya, chedet.cc kini tertera kod 403 yang lazimnya bermakna tidak dibenarkan memasuki pelayan web.

Di laman utama turut tertera 'akaun ini digantung'.

Dr Mahathir menjadi antara yang lantang mengkritik 1MDB dan mendesak siasatan penuh polis dilakukan terhadap syarikat dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan itu.

Putrajaya pada minggu ini mengesahkan memberi RM950 juta dalam bentuk 'standby credit' kepada syarikat pelaburan strategik negara itu untuk menyelesaikan hutangnya yang mencecah RM42 bilion.

Difahamkan akaun itu tidak boleh diakses sejak 4.30 petang tadi.

Tahun lalu, Facebook dilaporkan menghalang blog chedet.cc milik Dr Mahathir, dipercayai berikutan kritikan hebatnya terhadap Yahudi dalam satu daripada postingnya.

Mahathir Buat Kejutan Lagi..

Sementara itu Star Online hari ini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ia ada kena mengena dengan laman web itu dinafikan akses.

Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata:”Setahu saya, kami tidak ada kena mengena dengan perkara ini. Saya cadangkan anda periksa dengan pemilik blog mengapa laman sesawang itu tidak boleh dibuka.”

Kiriman terakhir Dr Mahathir tulis hari ini ialah mengenai perlunya siasatan forensik polis dijalankan atas tuduhan terhadap 1MDB dan mereka yang terbabit dengannya.

Dr Mahathir berkata “sekadar audit saja” tidak cukup dan jika tiada tindakan diambil, sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional akan merosot. Blog chedet.cc milik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses.




Kiriman itu, teksnya disalin semula, dan kini dikongsi di laman akaun Facebook atas nama “Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad". Setakat ini, kiriman itu menerima 800 ‘likes’ dan dikongsi lebih 700 kali.

Akaun Facebook yang sama juga dalam satu kiriman lain tidak lama selepas itu berkata blog Dr Mahathir digantung.

"Tiba-tiba chedet.cc tak boleh buka…ada yang panas ke?"

Post mengenai penggantungan blog berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook lain.

“Mereka boleh gantung ikut suka mereka, tetapi sekarang dunia digital. Pasti ada rekod di mana-mana,” kata seorang pengguna.

"1MDB ni kes mahkamah ke?kalu bkn nape suspended blog tu...mana kebebasan bersuara," kata seorang lagi pengguna, sementara ada juga mempersoalkan jika bekas perdana menteri itu kini jadi alat pihak pembangkang untuk mengkritik Putrajaya.

Kira-kira bermula jam 7 malam tadi, blog chedet.cc sudah boleh diakses semula secara sekali-sekala.
LihatTutupKomentar