Berita Mengejutkan Sempena Perhimpunan Agong Umno

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Perhimpunan Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga. 2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan. 3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan. 4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia. 5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno? 6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri. 7. Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat. 8. Cawangan ti