Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.
Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.
Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.
Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Gambar di bawah menjadi buktinya.
Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam. ~mynewshub