Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..


Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi.. Ahli perniagaan Low Taek Jho mempertahankan dirinya daripada sebarang salah laku berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) namun tidak menafikan emel yang menunjukkan dirinya memanipulasi wang daripada syarikat pelaburan strategik itu. 
 
Menerusi temubual bersama saluran perniagaan Amerika Syarikat, CNCB, Low yang juga dikenali sebagai Jho Low berkata pandangan pelaburannya mendapat liputan luas dan emel yang mendakwa dirinya menipu 1MDB merupakan tuduhan "palsu, tidak bertanggungjawab, sindiran dan tidak berasas". 
 
Ditanya jika email yang didedahkan laman Sarawak Report itu tidak benar, Low berkata: "Pandangan saya sering dinantikan pelbagai pihak kerana saya mempunyai hubungan baik dengan Timur Tengah dan saya selalu menjadi penasihat dalam perkongsian dan globalisasi. 
 
Disebabkan PetroSaudi berulang kali disebutkan, semua dana daripada 1MDB diberikan kepada PetroSaudi sebagai mana diumumkan pada 1 Mac 2015," katanya melalui perbualan telefon bersama CNBC. 
 
Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi.. 
 
Syarikat petroleum PetroSaudi International didakwa digunakan Low bagi mendapatkan AS$700 juta melalui pembayaran semula pinjaman degna usaha sama 1MDB pada 2009, menurut Sarawak Report. 
 
Berdasarkan emel dari pihak PetroSaudi dan 1MDB termasuk bekas ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Shahrol Halmi, wang berkenaan dibayar ke akaun Good Star Limited, sebuah syarikat dikawal Jho Low. 
 
Low berkata dia menjadi mangsa dalam hubungan persahabatannya bersama Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.“Saya rasa saya menjadi sasaran mudah dan mungkin jadi mangsa kerana umur saya dan malangnya perkara yang saya lakukan pada usia muda ialah berparti,” katanya yang mendakwa menerima ‘didikan’ daripada bapa dan datuknya. 
 
Dalam satu wawancara bersama South China Morning Post semalam, Low berkata dirinya menjadi mangsa dan menafikan menjadi ‘mastermind’ dalam urusan 1MDB.Dalam wawancara bersama CNBC hari ini, Low berkata struktur urus tadbir korporat 1MDB yang dimiliki kerajaan dan pemegang saham menunjukkan tuduhan terhadapnyanya bermotif politik dan dirinya tidak mempunyai kuasa membuat keputusan. 
 
Low berkata dia terlibat dalam Lembaga Pelaburan Terengganu pada awal 2009 namun tidak berkhidmat dengan 1MDB selepas ia ditubuhkan pada Jun tahun sama.“Saya tidak dibayar mereka. Tetapi jika 1MDB meminta pandangan, saya berikan,” katanya. 

LihatTutupKomentar