Umno Terkedu Dengan Gambar Terbaru Ahli Parlimen PAS Ini?



Semua pihak yang berkaitan dirayu supaya tampil memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di Rantau Panjang yang kini berada pada tahap kritikal, kata Ahli Parlimennya Siti Zailah Mohd Yusoff.

"Keadaan sekarang amat kritikal serta suasana cemas apabila ada mangsa-mangsa yang tidak dapat kita selamatkan lagi kerana kekurangan bot penyelamat.

"Saya merayu semua pihak tampil beri bantuan, terutama bot-bot penyelamat untuk kita keluarkan ke semua mangsa yang terperangkap di dalam kawasan banjir.

"Saya turut dimaklumkan ada mereka yang terpaksa berlindung di atas pokok dan bumbung rumah, bantuan perlu disegerakan," katanya sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia itu juga turut memberitahu keseluruhan bekalan elektrik terputus sejak dua hari lalu.

"Alat perhubungan yang ada sekarang hanya melalui telefon, kami di sini memerlukan 'walkie talkie' untuk permudahkan komunikasi dengan semua pihak.

"Dalam keadaan sekarang kita bekerjasama penuh dengan pasukan-pasukan penyelamat seperti Bomba, Jabatan Petahanan Amam Malaysia (JPAM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis mahupun Majlis Keselamatan Negara (MKN)," sambung beliau.

Beliau berharap bantuan akan diberikan dengan segera bagi menggelakkan berlakunya korban nyawa akibat daripada kelewatan operasi menyelamat.

Umno Terkedu Dengan Gambar Terbaru Ahli Parlimen PAS Ini?

Sementara itu, gambar Zailah yang sedang mengharungi banjir sambil membuat panggilan telefon untuk mendapatkan bantuan untuk rakyatnya menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Ia menggambarkan kesungguhan beliau untuk membantu rakyat di kawasannya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia, Johari Osman berkata Jabatan Amal di peringkat kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjang sudah membuka bilik gerakan bagi melancarkan kerja-kerja menyelamat.

Katanya lagi, satu mesyuarat tergempar akan diadakan dengan Emergency Disaster Management (MEDM) yang diketuai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bagi membincangkan tindakan segera untuk situasi banjir yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur.

Turut membuka pusat operasi banjir adalah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang baru-baru ini pemimpin PAS dinasihatkan agar tidak terlibat dengan aktivitinya.

PasMa membuka pusat operasi di sebuah hotel kecil di Pasir Mas.

Mengikut laporan portal berita banjir Kelantan, Jajahan Pasir Mas yang termasuk Rantau Panjang kini mempunyai paling ramai mangsa banjir yang dipindahkan iaitu 7137 mangsa.

Yang paling ramai adalah di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang iaitu 1268 mangsa.

Ia diikuti Alor Pasir di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong seramai 1,038 mangsa manakala di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang II seramai 945 mangsa. ~malaysian insider
LihatTutupKomentar